kafeteria hospital
Lokasi seterusnya saya memilih Hospital Shah Alam . Hospital ini baru sahaja dibuka pada oktober 2016 . Jadi keadaan kafeterianya juga masih baru dan cantik . Keistimewaan kafeteria ini ialah tempat makanan kakitangan dan pelawat berasingan . Ianya lebih selesa untuk kakitangan hospital untuk bersantai atau berbincang antara mereka . Sementara pesakit yang ingin membuat medical check up atau mempunyai urusan dengan pihak hospital boleh mengisikan masa mereka dengan makan atau bersantai di kafeteria . Di kafeteria ini , ia amik berlainan kerana ia menyediakan satu skrin nombor yang dipanggil oleh pihak hospital . Maka , apabila nombor mereka dipanggil ia boleh terus berurusan dengan pihak hospital .
Ruangan yang disediakan di sini juga selesa dan tidak padat . Harga juga berpatutan dan tidak cekik darah . Sesetengah harga di kafeteria hospital lebih mahal berbanding kedai biasa . Kafeteria ini juga mempamerkan nilai kalori bagi setiap makanan . Ini adalah satu kelebihan yang ada pada kafeteria hospital shah alam berbanding hospital lain .