Sunday, 16 April 2017

Kafeteria Hospital

Image result for kafeteria hospital shah alam
kafeteria hospital

Lokasi seterusnya saya memilih Hospital Shah Alam . Hospital ini baru sahaja dibuka pada oktober 2016 . Jadi keadaan kafeterianya juga masih baru dan cantik . Keistimewaan kafeteria ini ialah tempat makanan kakitangan dan pelawat berasingan . Ianya lebih selesa untuk kakitangan hospital untuk bersantai atau berbincang antara mereka . Sementara pesakit yang ingin membuat medical check up atau mempunyai urusan dengan pihak hospital boleh mengisikan masa mereka dengan makan atau bersantai di kafeteria . Di kafeteria ini , ia amik berlainan kerana ia menyediakan satu skrin nombor yang dipanggil oleh pihak hospital . Maka , apabila nombor mereka dipanggil ia boleh terus berurusan dengan pihak hospital .

Ruangan yang disediakan di sini juga selesa dan tidak padat . Harga juga berpatutan dan tidak cekik darah . Sesetengah harga di kafeteria hospital lebih mahal berbanding kedai biasa . Kafeteria ini juga mempamerkan nilai kalori bagi setiap makanan . Ini adalah satu kelebihan yang ada pada kafeteria hospital shah alam berbanding hospital lain .

Image result for menu kafeteria hospital

Wednesday, 12 April 2017

Food Court


Image result for gambar food court giant shah alam

Saya memilih lokasi ini kerana ianya lokasi yang strategik dan lain dari food court yang lain . Strategik kerana ianya terletak di tengah tengah antara Politeknik Shah Alam dan Msu College . Dan ianya jugak terletak berhampiran kawasan apartment , perumahan dan stesen bas . Di samping pengunjung ingin membeli barangan rumah , mereka juga boleh mengalas perut mereka di food court ini kerana harga makanan di food court ini berbaloi berbanding food court di tempat lain . Selain itu , keistimewaan food court ini ialah terdapat gerai- gerai kecil di hadapan food court buat pengunjung . Banyak pilihan boleh dibuat oleh pengunjung di sini 

 Pelbagai jenis makanan yang boleh didapati disini seperti nasi berlauk , nasi goreng dan sizzling . Bagi pengunjung yang inginkan abc dan cendol , ia juga boleh didapati di food court ini . Harganya juga tidak begitu mahal . Ianya setanding dengan harga di luar . Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak gemar makan di food court kerana ianya kotor dan mahal . Tetapi di food court giant seksyen 13 ini sangat bersih dan berpatutan . Bagi pengunjung yang berdekatan atau menyukai makan makanandi food court , saya mencadangkan kunjungilah food court ini . Pengusaha di food court ini juga sangat peramah . Ia melayan pelanggannya dengan baik dan servisnya amat puas hati .


Image result for gambar food court giant shah alam

Sunday, 2 April 2017

Pasar Malam

passr malam 


Pasar malam adalah aktiviti perniagaan yang dijalankan secara bazaar atau pasar yang dijalankan pada waktu petang sehingga malam. Pasar malam menggabungkan dua patah perkataan iaitu ‘Pasar’ dan ‘Malam’ yang bermaksud pasar yang diadakan pada malam hari. Pasar Malam juga memberi maksud aktiviti perniagaan melibatkan ‘peniaga jalanan’ dan pembeli tempatan di lokasi yang terbuka tanpa struktur yang tetap.

Kegiatan Pasar Malam merupakan satu budaya di negara kita yang memberikan ruang perniagaan antara penjual dan pembeli secara tradisional. Nama pasar malam ini hanya terdapat di tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Singapura. Lokasi pasar malam ini tidak menentu tetapi kebanyakannya di kawasan tanah lapang di bandar, pinggir bandar, di kawasan perumahan, di tapak Majlis Daerah dan sebagainya.

Kewujudan pasar malam ini telah menghidupkan satu budaya di negara Malaysia sebagai satu pertemuan antara penjual dan pembeli yang terkawal dan sangat berkesan. Walaupun kini terdapat banyak pilihan seperti pasar basah, kedai runcit, supermarket dan hypermarket, kewujudan pasar malam akan terus signifikan di Malaysia selagi budaya pasar malam terus diterima oleh orang ramai. Kewujudan pasar malam menjana ekonomi negara dan merupakan satu identiti yang perlu diperkukuhkan dari masa ke semasa.

Pasar malam, mungkin sudah tidak asing lagi bagi kita. Tempat hiburan rakyat yang menyajikan berbagai macam permainan dan juga aneka dagangan. Semua tersaji dalam kemeriahan, dalam suasana malam yang hingar dan penuh keceriaan. Ada ciri khas berupa permainan-permainan untuk anak-anak dan juga dagangan yang digelar membuat pasar malam menjadi khas dan mudah dikenali.

Dulu, pasar malam menjadi hiburan yang banyak di nantikan, karena memang inilah hiburan yang paling bisa memberi alternatif, terutama di daerah pedesaan, karena hiburan kala itu tak seperti sekarang ini. Kini, seiring perjalanan waktu, perlahan semua mulai terkikis, tergantikan hiburan yang lebih instan, bahkan hiburan yang modern dan lebih "mahal".

Mungkin saja semua "sudah waktunya", di tengah perkembangan jaman, bukan hanya hiburan rakyat seperti pasar malam saja yang mulai terkikis dan terpinggirkan, sama halnya dengan kesenian tradisional. Entah sampai kapan akan bertahan, hanya saja harapan untuk terus eksis harus terus terjaga, bagaimanapun juga inilah salah satu ciri Indonesia, temasuk dalam kekayaan budaya.

Intro

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana datang melawat blog food hunter's saya ini. Hari ini saya nak ceritakan tentang blog food hunter's saya. Sebelum itu, nama saya Nur Liyana Hassan dari jurusan Diploma Seni Kulinari. Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk membuat perkongsian tentang makanan di tempat tempat yang saya pergi.

Banyak tempat telah saya pergi dan merasakan pengaalaman makan di tempat tempat yang mewah, sederhana dan warung warung tetapi saya tak terfikir pulak untuk berkongsi pengalaman saya itu. Setiap manusia mempunyai cita rasa yang tersendiri,selera yang tersendiri.

Sudah semestinya kalau kita pergi ke suatu kedai makan itu kita akan melihat dari segi suasana, harga, tempat yang strategik, sesuai dengan selera kita. Aspek aspek ini sangat penting dan selalu diambil berat oleh pelanggan pelanggan sekalian.

Antara yang saya pernah pergi ialah pasar malam, food court dan cafeteria hospital. Tempat tempat ini dikategorikan dalam golongan tempat makan yang sederhana.

Image result for gambar pasar malam
cth: pasar malam

Image result for gambar kafeteria hospital
cth: kafeteria hospital

Image result for gambar food court
cth: food court










Kafeteria Hospital

kafeteria hospital Lokasi seterusnya saya memilih Hospital Shah Alam . Hospital ini baru sahaja dibuka pada oktober 2016 . Jadi kea...