Saya memilih lokasi ini kerana ianya lokasi yang strategik dan lain dari food court yang lain . Strategik kerana ianya terletak di tengah tengah antara Politeknik Shah Alam dan Msu College . Dan ianya jugak terletak berhampiran kawasan apartment , perumahan dan stesen bas . Di samping pengunjung ingin membeli barangan rumah , mereka juga boleh mengalas perut mereka di food court ini kerana harga makanan di food court ini berbaloi berbanding food court di tempat lain . Selain itu , keistimewaan food court ini ialah terdapat gerai- gerai kecil di hadapan food court buat pengunjung . Banyak pilihan boleh dibuat oleh pengunjung di sini
Pelbagai jenis makanan yang boleh didapati disini seperti nasi berlauk , nasi goreng dan sizzling . Bagi pengunjung yang inginkan abc dan cendol , ia juga boleh didapati di food court ini . Harganya juga tidak begitu mahal . Ianya setanding dengan harga di luar . Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak gemar makan di food court kerana ianya kotor dan mahal . Tetapi di food court giant seksyen 13 ini sangat bersih dan berpatutan . Bagi pengunjung yang berdekatan atau menyukai makan makanandi food court , saya mencadangkan kunjungilah food court ini . Pengusaha di food court ini juga sangat peramah . Ia melayan pelanggannya dengan baik dan servisnya amat puas hati .
No comments:
Post a Comment